Wednesday, March 21, 2012

Apabila Diri Merasa Bodoh

Mengapa diri ini merasa bodoh apabila menangisi sesuatu yang tidak patut di tangisi?

Mengapa diri ini merasa bodoh apabila menginginkan sesuatu yang sudah pasti bukan milik kita?

Mengapa diri ini merasa bodoh apabila sentiasa sibuk dengan kehidupan seharian, sedangkan kematian sentiasa mendekati?

Mengapa diri ini merasa tersangat bodoh apabila mencemburui sesuatu sesuatu, sedangkan ia bukan perkara yang patut di cemburui?

Mengapa diri ini merasa bodoh apabila sentiasa leka dengan kesenangan hidup, sedangkan hidup ini hanya sementara?

Sekali lagi mengapa? diri ini mersa tersangat bodoh apabila diri ini lalai dalam mengingatiNya di setiap detik, sedangkan hembusan setiap nafas ini adalah dari kasih dan sayangNya.

Ya Allah sesungguhnya diri ini sentiasa merasa lalai dalam mengingatiMu dan hanya di kala susah dan tidak nyaman diri ini mencari Mu ya Rabb..Ya Rabb, ampuni diri ini yang masih di kotori dengan dosa-dosa. Pelihara dan lindungi la diri ini...

Tuesday, February 28, 2012

MUSIBAH

Assalamualaikum reader...agak lama jugak tak update this blog. hehe. hopefully kepada pembaca blog ini, sentiasa dalam keadaaan yang baik2 dan sentiasa dalam lindunganNya amin allahumma amin. Tonight i feel like to share about "MUSIBAH" dengan kata lain, ujian dari yang maha Esa. hurm....rasanya sume makhluk di muka bumi ini pernah tetimpa musibah. Kemarin aku tgok citer Dari sujud ke sujud, dalam cerita tu...perbincangan antara guru dan pelajar sangat menarik perhatian aku dan tajuk perbincangan mereka adalah tentang musibah..

Apa yang aku dapat dari perbincangan cerita itu adalah, pada pendapat aku sendiri.. musibah yang Allah berikan kepada diri kita adalah ujian dan didikan secara langsung dari Allah swt untuk hamba2nya di muka bumi ini. "Sesungguhya musibah ataupun ujian yang tertimpa oleh hambaNya adalah sesuai dengan kemampuannya" itu lah ayat yang selalu aku dengar dan tidak dapat dinafikan lagi, sesungguhnya ia benar, kerana  Allah swt tidak akan membebankan hamba2nya dan sesungguhnya Allah itu maha penyanyang lagi maha mengasihi. Kita yang masih hidup di dunia ini adalah dari kasih sayangNya. Hanya dengan SABAR kita boleh mengatasi ujian2 dariNya. Dan Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui...
gambar dari seorang teman =)



Firman Allah  swt:
Ertinya: " Dan sesungguhnya Kami benar2 akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang2 yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ehwal kamu".
(Muhammad: 31)

Dan firman Allah yang bermaksud:
"Hai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar".
(Al-Baqarah: 153)

SABAR...itu la kata2 yang selalu kita dengar dari orang2di luar sana maupun dari nasihat seseorang. Yer, sabar itu sangat mudah di ungkapkan dan aku sendiri mengakuinya. Tapi apa kan daya, kita hanya hambaNya, dan ujian2 itu semua juga adalah dariNya, maka kita harusla serahkan dan pasrahkan segalanya padaNya dan  hanya itu jer la yang mmpu kita lakukan apabila ada ujian2 yang menimpa diri kita.

Allah swt berfirman:
"Dan apabila engkau bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang2 yang sabar"


Anas bin Malik r.a berkata: telah bersabda Rasulullah saw: pada hari kiamat nanti akan disediakan timbangan, maka datang para ahli solat, maka pahala mereka diberi dan setelah di timbang lalu datang orang ahli puasa, maka pahalanya diberi setelah ditimbang, lalu datang ahli sedekah, maka pahalanya diberi dengan cara ditimbang, lalu datang orang yg mengerjakan ibadah haji, lalu pahalnya diberi juga dengan ditimbang, lalu datang pula orang2 yang pernah ditimpa musibah, maka pahala untuk mereka tanpa dihitung. Lalu rasulullah saw membaca firman Allah swt:

Ertinya: "Sesungguhnya Allah akan memberikan pahala kepada orang2 yang sabar tanpa dihitung".
(Az-Zumar: 10)


p/s hadis dan firman Allah diatas di ambil dari Nurjeehan. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua...insyaallah 

Saturday, December 31, 2011

SEORANG LELAKI

Dear Reader....

Seperti tajuk di atas...sebenarnyer aku just nk keluarkan pendapat jer tentang seseorang yang bergelar lelaki.. Pada aku..bila seorang perempuan fikir tentang lelaki..perkara pertama yang difikir adalah "lelaki itu adalah seorang yang gagah" ceyh...iyerke?? tp ada kemungkinan kan?? haha..

Kepada lelaki...korang perasan tak. Sebernanya korang nie sangt berharga untuk setiap wanita di luar sana apabila sikap TANGGUNGJAWAB itu ada pada diri mu (cewah..statement xle bla). Neway, nie la yang aku nk sampaikan...dirimu bukan saja berharga untuk seorang wanita..tapi ia mungkin lebih dari satu...sebab dirimu adalah seorang suami untuk isteri,seorang ayah untuk anak, seorang abang untuk saudara perempuan dan yang pasti seorang anak lelaki untuk seorang ibu...

Tapi tak kesah la kat mana pon kedudukan itu...tp yang pasti apabila lelaki itu ada sifat bertanggung jwab tidak mustahil untuk dia menjadi seorang yang sangat istimewa untuk seorang perempuan. Bagi aku, seseorang yang bertanggungjwab itu seperti menari di atas ombak(hanya perumpamaan)...yang akan sentiasa menjaga setiap langkahnya walaupun ombak semakin kuat..dengan kata lain, seorang lelaki yg bertanggungjwab itu akan mencuba sebaik mungkin dlam mnjalani ujian yg dilaluinya dengan tanggungjwabnya sebagai seorang lelaki. Tanggungjwab itu boleh membuatkan, diri yang lemah menjadi kuat, yang malas mnjadi rajin n etc.

Entry nie di tulis bukannya nk memuji atau pun memihak kepada lelaki...tapi seorang perempuan juga sangat gembira apabila berjumpa dengan seorang lelaki seperti itu. Kerana lelaki itu adalah bakal pembimbing juga ketua...dan aku bukannya nak kata yang seorang perempuan itu tak boleh untuk mnjadi ketua. Tetapi lelaki itu lebih layak kerana kelebihan2 yang ada pada dirinya.

Mintak maaf klo entry nie ada yang buat org terasa hati..entry nie hanya pandangan aku semata2..xde niat ape pon...klo ada yg silap..mintak tunjuk ajar... =)

Sunday, November 20, 2011

GUIDE TO BE A BETTER LIFE

As salam reader...hari nie rase nk post somthing untuk di kongsikan bersama. before that i want to inform , aku dapat info nie dari email yg kwn aku foward kn pada aku. so, tetiber terlindas kat fikiran untuk di post kan kat blog yang jarang di update nie...selamat membaca...=)


GUIDE TO A BETTER LIFE
seorang pesakit kenser pankreas yang meninggal pada tahun 2008 telah menulis sebuah buku yang bertajuk "The Last Lecture" di mana buku ini adalah antara bestseller pada tahun 2007.
salah satu legasi yang hebat di tinggalkan. Dalam surat beliau kepada isterinya dan anak2nya, beliau telah menulis 'Guide to A Better Life' untuk menjadi panduan kepada mereka.

(Diubahsuai dari bahasa inggeris dan di kongsikan trough fowarded email. if u wanna to see the English version click here)

Personaliti

  • Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebernarnya.
  • Jangan ada perasaan negetif pada perkara2 yang todak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif dalam kehidupan anda hari ini.
  • Jangan berlebihan, tetapkan had.
  • Jangan terlalu serius, Tiada siapa yang serius
  • Jangan bazirkan tenaga dengan ber "GOSSIP"
  • Bermimpila ketika anda berjaga
  • Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan.
  • Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau dimasa lampau. Ia cuma merosakkan kebahagian anda sekarang.
  • Hidup terlalu pendek utuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jgn membenci sesiapa.
  • Berdamaila dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini.
  • Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagian anda kecuali anda sendiri.
  • Sedarla bahawa kehidupan ini umpama sekolah dan anda berada disini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat.
  • lebihkan senyuman dan ketawa.
  • Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan.Setuju untk bersetuju..
Komuniti
  • Kerap menelefon ahli keluarga 
  • Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
  • Maafkan semua orang untuk segala2nya
  • Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun keatas dan bawah 6 tahun
  • Cuba buatkan sekurang2nya 3 orang tersnyum setiap hari
  • Pekerjaan anda tidak menjaga anda apabila sakit. Tapi keluarga dan kawan2 yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka.
Kehidupan

  • Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukannya.
  • Allah akan mengubati segala2nya
  • buat perkara yang betul.
  • Bagaimana buruk atau baiknya situasi, ia pasti akan berubah.
  • walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia.
  • Yang terbaik masih belum tiba, tapi akan tiba.
  • Hapuskan perkara2 yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak mengembirakan.
  • Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi gembiralah...
RANDY PAUSCH quotes.....

“A good apology is like antibiotic, a bad apology is like rubbing salt in the wound.” 
― Randy PauschThe Last Lecture

“It's not about how to achieve your dreams, it's about how to lead your life, ... If you lead your life the right way, the karma will take care of itself, the dreams will come to you.” 
― Randy PauschThe Last Lecture


Friday, October 14, 2011

MANGKUK CANTIK, MADU & SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW dengan sahabat-2nya, Yaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a telah bertamu di rumah Ali r.a. Isteri beliau Saiyidatina Fatimah r.anha yang juga puteri Rasulullah SAW telah menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika mangkuk madu itu dihidangkan, sehelai rambut telah di dapati di dalam mangkuk itu.Sebuah mangkuk

Baginda Rasululla
h SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut:

1)Mangkuk yang cantik.

2)Madu.

3)Sehelai rambut.

Abu Bakar r.a telah berkata:“Iman itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.

Umar r.a telah berkata:“Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk ini, seorang raja itu laebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih susah dari meiniti di atas sehelai rambut.

Uthman r.a berkata:“Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk ini, orang yang menuntut ilmu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Ali r.a berkata:“Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuatkan tetamu senang sehingga dia kembali ke rumahnya itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Fatimah r.a.ha telah berkata:“Seorang wanita itu lebih cantik dari mangkuk ini, wanita yang berahklak itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang berahklak adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s telah berkata:“Menegakkan tiang agama itu adalah lebih cantik dari mangkuk ini, mengorbankan wkt, diri, dan waktu untuk agama adalah lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama hingga ke akhir hayat adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut.”

Allah SWT berfirman:“Surgaku itu lebih cantik dari mangkuk ini, nikmat surgaku adalah lebih manis dari madu, dan jalan menuju ke syurgaku itu adalah lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut”.

Muhasabah diri: Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW terus saja mengajak sahabatnya membuat perbandingan yang cenderung kepada mentauhidkan ALLAH, sedangkan kita lebih cenderung mencerca makanan bilamana terdapat rambut pada makanan kita...masyaAllah...





P/S:: catatan di atas hanya la copy paste dari FB sesorang...saja copy balik kat blog sbb berkongsi...tak kan tak boleh kot klo nak berkongsi kan??? hehehe...

kata2 di atas juga adalah peringatan untuk aku juga...=)
thanks sbb sudi baca....