Pages

Friday, April 15, 2011

apabila suami nak mintak kawen lagi..

Assalamualaikum~~
huh~~hari nie aku nak berkongsi sebuah cerita la...bagi aku cerita nie kelakar taw..nk taw bagaimana kesahnyer??? bce la petikan cerita DI BAWAH ini...tajuk cerita ini..
"bila suami nak mintak kawen lagi..then isteri pon...."

..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


p/s: maka dengan itu...kepada lelaki...berhati2 la yer apabila berbincang tentang penambahan isteri...=)

No comments:

Post a Comment

thank you...i really appreciated your comment... :)