Pages

Thursday, September 1, 2011

ALLAH MAHA BESAR

Assalamualaikum....hye reader. Apa kabar? di kesempatan hari raya ini..saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin, Kullu a'amin wa antum bikhair....(semoga sepanjang tahun ini kamu berada dalam kebaikan)...

sekarang sudah masuk syawal yang ke3...dengan izinnya kita masih bernafas, subhanallah....pagi ni aku nak bercerita, hehe...Petang tadi kan, kami 3 keluarga keluar bersama...destinasi kami adalah PANTAI BANTING KLANG (klo xsilap aku la). Dengan IzinNya kami sekeluarga selamat smpai ke destinasi...sungguh meriah yer keadaan di situ....hehe. Melihat laut adalah salah satu kegemaranku, aku merasa tenang apabila melihat keindahan ciptaan Allah. Lepas maghrib bapak dan pakcik aku turun ke laut untuk jaring ikan...kami yang perempuan ada di khemah masing2 untuk menyiapkan masakan yang akan dimasak nntik...tp perkara itu mungkin tidak di izinkan olehNya..kerana secara tiba2 angin ribut melanda dan menerbangkan segala-galanya, termasuk khemah2 kami...Ya Allah aku tak pernah merasa angin sekuat itu, kerana ini adalah pertama kali dalam hidupku (cewah)..maklumla...aku kan xselalu g pantai...mungkin bg sesiapa yang pernah g pantai, ia itu adalah perkara biasa baginya..tp bg aku TIDAK. YA ALLAH mulut tetiber aku jd bisu sewaktu angin itu datang... aku jd terfikir waktu tu..." belum lagi kiamat, angin dah sekuat itu". Macam mana pulak la keadaan orang yang terkena angin ribut sehinggakan atap2 mereka semua tercabut..aku tak boleh nak bernafas sewaktu angin ribut itu datang....SUBHANALLAH, kebesaran Allah yang mana lagi aku nak dustakan, apabila perkara itu terjadi di hadapan ku sendiri....sesungguhnya perkara itu amat mudah bagiNya...Allahu Akbar...

Allhamdulillah...semua selamat, bapak dan pakcik aku pun selamat. Alhamdulillah Ya Allah, Kau telah Memakbulkan doa kami...nasib baiklah khemah2 dan barang2 kami juga dapat diselamatkan juga...just pinggan dan cawan polysterin yang hilang entah kemana...huhu. Tp xkesahla....apa2 pun semua telah selamat dengan izinNya...

Aku ingatkan tempat kami jer yang ada angin ribut, tp kat tempat lain pon kene jugak...aku dengar dari meraka (melalui bapak aku)...diaorang punyer barang sume hancur. tapi xtau la...dapat diselamatkan ke tidak...tp syukur Alhamdulillah...dengan Kasih SayangNYA...kami juga telah selamat sampai di rumah.

p/s: tiada kata2 lain yang dapat aku ucapkan...Hanya syukur Kepada Allah swt. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana telah melindungi kami semua...

No comments:

Post a Comment

thank you...i really appreciated your comment... :)