Pages

Sunday, September 18, 2011

UNTUK SAHABATKU

kepadamu sahabat ku....
pertama sekali aku ingin meminta maaf kepada mu...
aku tahu, aku bukan la seorang sahabat atau teman yang baik buat mu...

sahabat,
bukan niat aku untuk menjauhi mu....
aku takut..apabila aku mendekatimu...aku akan menyakiti hati mu.

sahabat,
aku minta maaf jika sekarang aku kurang dalam menghubungimu...
bukan niat ku ingin melarikan diri dari mu...
tapi buat masa sekarang ini..aku ingin sekali menenangkan fikiranku yang semakin serabut..

sahabat,
aku tahu kau seorang sahabat yang baik...yang selalu ada ketika aku susah dan senang...
kadang2 aku terfikir, yang aku tidak layak bersahabat dengan orang sebaikmu...
jasa mu terlalu besar terhadapku ketika aku menghadapi masalah...

sahabat,
memang terkadang aku merasa terasa hati terhadap kelakuanmu terhadapku...
tapi itu mungkin sedikit jika nak dibandingkan kelakuan ku terhadapmu...

sahabatku....
mungkin hanya dengan doa yang dapat aku berikan padamu...
jasamu terhadapku mungkin tidak dapat ku balas....
kerana kau adalah sahabat ketika aku senang dan susah...
terima kasih aku ucapkan kepadamu kerana sentiasa ada untuk ku...
aku doakan semoga kau sentiasa di beri kebahagian olehNya....
seperti mana kebahagian orang2 yang bahagia....
amin ya rabbal alamin.....



















No comments:

Post a Comment

thank you...i really appreciated your comment... :)